Showing posts with label Cartoon Theme. Show all posts
Showing posts with label Cartoon Theme. Show all posts

Ben 10

Chocolate Moist Cake
with Buttercream + Edible Image 
8"

Salam...lama sungguh rasanya diana x mengemaskini blog kesayangan ini.. walaupun setiap hari menjengok tapi kesuntukan waktu membataskan diana menulis & menitipkan gambar2 kek terbaru diana. Maaf kepada customer yang tertanya2 gambar kek mereka. Hari ini, saat kek masih di dalam oven, diana cuba upload seberapa byk gambar yang boleh ye..


Kek dengan edible Ben 10 ini di tempah oleh Ila, Selayang untuk birthday anaknya Darwish.


Thank you Ila & Happy Birthday Darwish..

JJam is 4...Part II



Chocolate Moist Cupcake
with buttercream + edible image
XS36


Cute Cream Puff
40 pcs

Emy ordered cupcake pula untuk di hantar ke Taska anaknya. Temanya masih sama....Ben10. Kali ni Emy juga mahukan 40pcs Cute Cream Puff.


Thank you Emy.

Nur Qaisara Auni



Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image
8"

Nur Qaisara Auni.... cantik sungguh namanya, secomel orangnya. Insp Ridwan dr IPK Selangor minta diana buatkan 1 kg Chocolate moist cake untuk birthday anaknya. Katanya Qaisara suka sangat Upin Ipin, jadi dia nak gambar anaknya bersama Upin Ipin. Moga birthday girl suka kek yang auntie buat ni ye.

Thank you Insp Ridwan & Happy Birthday to Nur Qaisara Auni.

Upin Ipin & Princess



Chocolate Moist Cupcake
with edible image + buttercream
S25

Irma order lagi, kali ni bagi pihak kakaknya pula. Chocolate Moist Cupcake with edible princess & upin ipin.

Thank you Irma.

Sufyan is 10



Vanilla Buttercake
with buttercream + edible image
1kg

Surina dari Rawang minta diana buatkan 1kg Vanilla buttercake + Edible Image untuk anknya Sufyan. Saje je diana buat design buble kat cake tu.

Thank you Surina. Happy birthday to Sufyan.

Madiha



Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image
1kg

Insp Roni (IPK Selangor) & Intan order Chocolate Moist Cake untuk Birthday anak sulung mereka. Mereka nak edible gambar Madiha. Diana saja gabungkan Madiha dengan Disney Princess. Nampak cute kan..
Thank you Intan & Happy Birthday to Madiha..

Ben10, Ecya & Aziq



Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image
1kg
Lin (Mahkamah) order 1kg Chocolate Moist Cake + edible image Ben10 untuk birthday party 2 orang anak saudaranya.
Thank you Lin.

Fatini, Upin & Ipin


Comelkan Fatini...

Fatini in Pink.

Chocolate Moist Cake
with buttercream + edible image + fondant
1.5kg + 1.5kg

Chocolate Moist Cupcake
with buttercream + Edible Image
S50pcs
Diana terima call dari Bahiyah, katanya nak tahu pasal saiz cupcake. Diana jemput dia kerumah. Dah lepas borak2 tu, Bahiyah minta diana buatkan cake utk Birthday Party anaknya Fatini kat Tadika.
2 pcs Chocolate Moist cake 1.5kg & S50 pcs Chocolate Moist Cupcake dgn tema Upin & Ipin. Suka betul Fatini dgn U&I ni. Fatini ni comel sgt budaknya tapi amat2 lah pemalunya. X dengar langsung suara dia. (Boleh buat menantu ni..he he). Mamanya pula sgt friendly & senang sungguh berurusan dgnnya. Bahiyah dah upload gambar2 birtday party tu dlm blognya http://samadikaca.blogspot.com/. Bersungguh dia prepare utk party tu. Untungnya Fatini & Farzana ada mama mcm ni. Maaf lah ye diana lewat sgt upload gambar kek Fatini ni, coz camera lama tertinggal kat kampung, so gambar pun terperap dalam camera tu. Sory ye..
Thank you Bahiyah & Happy Birthday to Sweet Fatini. Moga berjaya di dunia & akhirat.

Gwen The Lucky Girl



Chocolate Moist Cake
with Buttercream + Fondant
1 1/2kg

Lama sungguh rasanya tak up date blog ni.. Dgn kesibukan kerja seharian & macam2 perkara yang terjadi ni, membuatkan diana x berkesempatan langsung nak bekarya di alam maya ni. Cuma dapat buka email je sesekali. Walaumacam ne sekalipun, syukur kerana masih ada tempahan yang datang. Alhamdullillah semuanya dapat disempurnakan. Cuma diana masih mencuri2 masa untuk meletakkannya di dada blog kesayangan ini.
Ok lah..kita kembali ke dunia kek yang manis semula. Diana terima email dari Nurin yang meminta diana buatkan Birthday Cake for her lovely daughter ALESHA yang baru menjangkau usia 5 tahun. Nurin minta diana buatkan 1 1/2kg Chocolate Moist Cake with fondant "Gwen The Lucky Girl". Terkejut juga mulanya, at last baru tahu, Gwen is BEN1o cousin. she is a sweet girl but when she have power she change to The Lucky Girl to help BEN10. Lepas bertanya dgn ank2 byk juga la diana tahu pasal Gwen ni. Bila diana tengok gambar yang Nurin berikan tu, termenung sekejap. Dalam hati...macam ne lah nak buat topeng si Gwen ni. Jenuh mencari warna hitam tapi malangnya dah kehabisan kat semua kedai di Shah Alam ni. Diana pun gunalah cara lama, campurkan macam2 colour, last2 dapat la warna Dark Grey. Lebih kurang la dgn costume Gwen tu. Thanks alot to my hubby yang sanggup menolong buatkan topeng tu. Hubby tu sabar sikit bab kerja2 mengukir cam tu. Semalaman membentuk fondant, pagi esoknya diana transferkan atas kek, malang x berbau, ketika proses tersebut, tah macam mana muka & leher Gwen hampir patah. Nak menangis diana masa tu. Untuk membuat yang baru dah tentu tak sempat. Nak tak nak diana cuba touch-up apa2 yg patut. Ralatnya hati, tuhan je yang tahu. Tapi lepas tu diana belajar sesuatu... Fondant hanya boleh ditampalkan selepas diletak atas kek. Belajar dari kesilapan itu menjadikan kita lebih baik di masa depan kan...
Ada lagi satu cerita yang menarik berkenaan kek ini. Diana mmg bercadang nak letakkan Edible Image BEN10 di keliling kek ni. Pagi tu diana dah siap potang Edible tu, then diana keluar ke kedai sekejap. Balik dari kedai, diana terus deco kek ni, selepas selesai touch up leher Gwen tu , diana mula nak menampal Edible pada kek, Tiba-tiba.....semua Edible tu hilang..X tau kemana.. Puas mencari & bertanya pada semua anak2 & maid, semua kata tak tahu.. Anginnya diana masa tu, tak tau la nak cakap mana. Masa dah makin suntuk, diana terus call Dalia minta dia print lagi. Kebetulan hubby jumpa kawan di Subang Jaya, so diana minta dia ke rumah Lea collect EI yang baru. Penantian tu satu penyiksaan, diana asik melihat jam coz kek ni akan di ambil pada jam 1.30 ptg. Akhirnya jam 1.30 sampai juga yang ditunggu, dgn pantas diana terus gunting & tampal EI tu. En. Hafiz pun sampai untuk collect kek. Maaflah En Hafiz kerana terpaksa menunggu. Setelah macam2 peristiwa yang terjadi, Gwen The Lucky Girl selamat sampai ketangan Alesha. Diana minta maaf pada Nurin kerana kek yang tak berapa sempurna tu.

Thank you Nurin.
Untuk Alesha..semoga menjadi anak yang soleh & berjaya dunia akhirat. Sememangnya Alesha is the Lucky Girl..