Gwen The Lucky Girl



Chocolate Moist Cake
with Buttercream + Fondant
1 1/2kg

Lama sungguh rasanya tak up date blog ni.. Dgn kesibukan kerja seharian & macam2 perkara yang terjadi ni, membuatkan diana x berkesempatan langsung nak bekarya di alam maya ni. Cuma dapat buka email je sesekali. Walaumacam ne sekalipun, syukur kerana masih ada tempahan yang datang. Alhamdullillah semuanya dapat disempurnakan. Cuma diana masih mencuri2 masa untuk meletakkannya di dada blog kesayangan ini.
Ok lah..kita kembali ke dunia kek yang manis semula. Diana terima email dari Nurin yang meminta diana buatkan Birthday Cake for her lovely daughter ALESHA yang baru menjangkau usia 5 tahun. Nurin minta diana buatkan 1 1/2kg Chocolate Moist Cake with fondant "Gwen The Lucky Girl". Terkejut juga mulanya, at last baru tahu, Gwen is BEN1o cousin. she is a sweet girl but when she have power she change to The Lucky Girl to help BEN10. Lepas bertanya dgn ank2 byk juga la diana tahu pasal Gwen ni. Bila diana tengok gambar yang Nurin berikan tu, termenung sekejap. Dalam hati...macam ne lah nak buat topeng si Gwen ni. Jenuh mencari warna hitam tapi malangnya dah kehabisan kat semua kedai di Shah Alam ni. Diana pun gunalah cara lama, campurkan macam2 colour, last2 dapat la warna Dark Grey. Lebih kurang la dgn costume Gwen tu. Thanks alot to my hubby yang sanggup menolong buatkan topeng tu. Hubby tu sabar sikit bab kerja2 mengukir cam tu. Semalaman membentuk fondant, pagi esoknya diana transferkan atas kek, malang x berbau, ketika proses tersebut, tah macam mana muka & leher Gwen hampir patah. Nak menangis diana masa tu. Untuk membuat yang baru dah tentu tak sempat. Nak tak nak diana cuba touch-up apa2 yg patut. Ralatnya hati, tuhan je yang tahu. Tapi lepas tu diana belajar sesuatu... Fondant hanya boleh ditampalkan selepas diletak atas kek. Belajar dari kesilapan itu menjadikan kita lebih baik di masa depan kan...
Ada lagi satu cerita yang menarik berkenaan kek ini. Diana mmg bercadang nak letakkan Edible Image BEN10 di keliling kek ni. Pagi tu diana dah siap potang Edible tu, then diana keluar ke kedai sekejap. Balik dari kedai, diana terus deco kek ni, selepas selesai touch up leher Gwen tu , diana mula nak menampal Edible pada kek, Tiba-tiba.....semua Edible tu hilang..X tau kemana.. Puas mencari & bertanya pada semua anak2 & maid, semua kata tak tahu.. Anginnya diana masa tu, tak tau la nak cakap mana. Masa dah makin suntuk, diana terus call Dalia minta dia print lagi. Kebetulan hubby jumpa kawan di Subang Jaya, so diana minta dia ke rumah Lea collect EI yang baru. Penantian tu satu penyiksaan, diana asik melihat jam coz kek ni akan di ambil pada jam 1.30 ptg. Akhirnya jam 1.30 sampai juga yang ditunggu, dgn pantas diana terus gunting & tampal EI tu. En. Hafiz pun sampai untuk collect kek. Maaflah En Hafiz kerana terpaksa menunggu. Setelah macam2 peristiwa yang terjadi, Gwen The Lucky Girl selamat sampai ketangan Alesha. Diana minta maaf pada Nurin kerana kek yang tak berapa sempurna tu.

Thank you Nurin.
Untuk Alesha..semoga menjadi anak yang soleh & berjaya dunia akhirat. Sememangnya Alesha is the Lucky Girl..