Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

My Re-union cake

CMC + edible + ganache
8"

Re-union sekolah diana. Lokasi di Ipoh, Perak. Terima kasih tuan rumah, Salwa & x lupa juga thanks to all frenz yg sanggup dtg utk re-union kali ini. Next re-union coming soon ye, hope dpt jumpa lebih ramai lg..

Maraton day


Rasanya ini adalah tempahan yg paling byk diana buat untuk pick up & delivery pd 1 hari yg sama. 3 tier wedding kek, 150 cupcake, popcake, pillow cake, kek hantaran, 2D cake, birthday cake, cheesecake, bun & puff. Bukan tamak tapi order ni dtg dr loyal customer yg dh beberapa kali order kek dgn diana. X sampai hati nk tolak permintaan mereka memandangkan semuanya untuk majlis pertunangan & perkahwinan mereka. Kebetulan pula semuanyer pada tarikh yg sama. Mulanya pening juga diana nak susun kerja. maklumlah diana seorang tanpa ada pembantu rumah pun. 
Bermula dr Rabu malam, alhamdulillah, kesemua kek ni dapat di siapkan pd Jumaat pagi. Berjuta terima kasih untuk Hubby & anak2 tersayang yg banyak membantu dalam menyiapkan tempahan ini. Luv u all so much....
Akhirnya hujung minggu tu, dapat juga diana rehat sepuasnya... 

Sarah's Birthday

Saje diana try buat pillow cake..X jd sgt pun tapi ok lah utk kami celebrate Sarah's birthday. Yg penting Sarah suka doll tu..
"Selamat Harin Jadi Sarah, Love You So Much, Sayang"

Amsyar 13th Birthday


My elder son's birthday celebration. Amsyar request Red Velvet Cake for his birthday. Simple party, hanya family je tapi meriah juga. Celebrate pun dah tengah malam, tunggu Opah (my mum) & Mak Ngah (my sis) balik dari Jakarta. Some cupcake deco with Chelsea logo (favourite team amsyar) & deco by my niece, Nabiha.


Happy Birthday to Amsyar, doa Ibu moga anak Ibu terus berjaya & menjadi anak yg soleh. LUV U...

Harry Potter figurine untuk Kak Ina


Diana ni bukan lah pandai sangat buat figurine, tapi bila kawan diana, (Kak Ina) bersungguh minta tolong dan kebetulan pula diana x bz, diana tolong buatkan untuknya. Customer nak tema Harry Potter & bowling, so inilah hasilnya. Bila tengok balik, nak gelak pun ada...he he he 

Selingan...




Asik letak gambar kek je, saja diana upload gambar petera puteri diana ni. Ni la wajah-wajah yang selalu berada di dapur temankan diana, selain teman mereka ni suka kacau diana buat kek & suka sgt makan..x kira lah kek, bun, puff, semua diaorang suka.. Selalunya mesti kena buat lebih. Yg kakak tu mesti nak cupcake kaler pink. Abang cik lak dgn Ben10. Adik apapun OK je..

Makan-makan

Mmmm yummy....

Blueberry cheesecake
with fresh cream
7"

Dah lama rasanya tak buat cheesecake. Hujung minggu tu saja diana buatkan baked blueberry cheesecake untuk kami sekeluarga makan-makan. Apa lagi, anak-anak & hubby yang dah lama x rasa cheese cake tu pulun betul2 la, kejap je dah selamat kek tu....diana pun sama...nampaknya bertambahlah lemak dalam badan ni...he he he

Raya cake & cupcakes




Raya Aidil Adha lalu diana sekeluarga balik ke kampung diana di Perak. Disebabkan sibuk, diana hanya dapat buatkan cupcake & sebiji marble cake saje untuk ibu. Ralat juga x dapat buatkan tart nenas kegemaran ibu... maaf ye ibu. :(

Pink Castle for My Princess's Birthday

Kamalin Mastura & her castle




Bergaya dgn baju baru, birthday present dari mak Ngah..Persis model...he he


Chocolate Moist Cake
with buttercream
2kg
Kamalin Mastura bermaksud Kesempurnaan yang dilindungi....1 nama yang diana simpan sejak dari mengandung anak pertama lagi. Akhirnya setelah 3 putera, barulah muncul puteri Kamalin Mastura ni...Syukur alhamdulillah...
Tahun ini Princess yang kami panggil "kakak" ini genap usianya 3 tahun. Dengan kulit putih mulus, ramai kawan-kawan diana yang mengatakan dia ni umpama 'anak jepun or korea'. Petah bercakap & cukup pandai bergaya dan kalau ditanya cita-citanya bila besar nanti, cepat saja mulutnya berkata.."Kakak nak jadi Princess....". Dan bila ditanya kenapa nak jadi Princess..."Sebab Princess cantik.." katanya. Disebabkan obsess sgt dgn "Pink & Princess", diana buatkan "Pink castle" untuknya. Walaupun x secantik & sesempurna mana tapi cukup untuk mengembirakan hatinya & membuat princess tersenyum sepanjang hari. Diana buat majlis ringkas untuk family saja memandangkan hari lahirnya jatuh pada bulan puasa yang lalu. Gambar ni lama tersimpan dalam handphone.
Untuk Kamalin Mastura..."Selamat Ulangtahun & semoga jadi anak yang soleh & sempurna seindah namamu...Ibu sayang kakak"

Semoga panjang umur


Chocolate Moist Cake
with choco ganache
1kg

Chocolate Moist Cake untuk sambutan birthday Ibu diana. Celebrate di kampung dgn seluruh keluarga.
"Ibu....Selamat Ulangtahun. Semoga sihat selalu, panjang umur & dimurahkan rezeki."
"Along saayyaaang Ibu..."

Happy Birthday Syahmi


My Prince & Princess

Happy Birthday Abg Ngah...sukanya si kecik tu tepuk tangan..

Chocolate Moist Cake
withButtercream
1kg
Lama sungguh x update blog nie.. Bukan apa, camera diana tertinggal di kampung, so ambil gambar guna hp anak je sbb gambar jelas sket dari hp diana. Pastu hp 2 lak x de bluetooth, tu yg payah sgt nak transfer . Walau mcm ne pun diana akan usahakan juga utk upload gambar2 tu semua..
Ni gambar Chocolate Moist Cake yg diana buatkan utk Birthday hero kedua diana yg baru masuk 10 thn umurnya. Masa tu diana bz sgt so dpt buat kek yg simple je. Apapun Syahmi kata OK. Malam tu kami celebrate dgn majlis simple je.

Untuk Syahmi, belajar rajin2 & ibu harap syahmi jadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat...Ibu love U..

Fondant Cake Class.

My 1st Fondant Cake

Rosess... buat sendiri tau..


Noni, Azian, Ina & Me.. Best betul dgn diaorang ni.. Semua gila2, hari tu asik gelak je. Gelak sebab stress buat bunga & renda yang asik x jadi tu. Pas tu mula la kami ni mengarut2...Tapi class dgn mereka ni mmg enjoy..

Me & My Cake..

Cantik kan..

Fondant Cake 8'

Lately ni diana sibuk sgt dgn kerja & tempahan. Setelah mencari2 tarikh & masa yang sesuai, akhirnya pada 14.6.2009 lalu dpt juga diana attend Fondant Cake lass dgn Dalia at Mama Lea Oven.blogspot.com. Nasib baik la rumah Lea ni kat USJ je, x la jauh sgt. Class dr 10 am ke 4pm tapi kami balik lbh kurang kul 6.

Memang byk ssgt yg diana belajar dlm class ni. From scratch...bancuh & uli, salut kek, buat renda tepi & buat bunga semuanya Lea ajar. Sebenarnya stress juga exspecially time buat renda tu, sampai sakit jari jemari ku.. Ye la kita kan budak baru belajar, tgn tu agak keras sikit tu yg payah sgt tu. Melakukan semuanya ni amat2 menuntut kesabaran & ketelitian yg sgt tinggi. Tapi bila tgk kek yang cantik tu, rasa puas sgt. Macam x sabar2 nak ambil order fondant. he he he.
Thank you Lea.

Danish 5th Birthday


Orange Butter Cake
with buttercream + edible image
1kg
Memang dah lama Danish nak kek Ben 10 tapi x sempat nak buatkan. Untuk tidak menghampakan dia, diana buatkan 1 lagi kek untuk Danish celebrate kat Tadika dia. Diana buatkan 1kg Orange Butter cake with Buttercream + edible image untuk Danish.

Danish happy betul tgk cake tu.

Adik, Abg Cik & Kakak...yg 2 orang tu masam sbb x dpt kek la tu..

Danish & his Birthday Cake..

Chocolate Moist Cake
with choco ganache + strawberry topping
1kg


Muhammad Danish Haikal, my third son calebrate his 5th birthday on 10.6.2009. Minggu tu diana buzy dgn buns & cakes, so diana hanya sempat buat Chocolate Moist Cake with simple deco utknya. Sebab ada byk Strawberry kat rumah, diana letak je atas cake tu & put 2 cute ladybird. hari tu, kebetulan MIL & SIL datang, jadi meriah la juga.

to Danish: "Happy Birthday & ibu doakan Abg Cik jadi anak yang soleh & jangan nakal sangat ye...I luv you"