Terima Kasih Ustazah



Chocolate Moist cupcake
with buttercream
S16

Cupcake ni diana buat untuk dihadiahkan pada Ustazah Zalita yang telah mengajar al-quran pada anak sulung diana. Sebenarnya Amsyar dah khatam pada hari terakhir sekolah 2009 tapi diana x sempat nak berjumpa dengan Ustazah Zalita ni. Kebetulah pula tahun 2010,Ustazah Zalita menjadi guru kelas SAR anak kedua diana. Akhirnya hari pertama sekolah 2010, selepas selesai urusan yuran & sbgnya, sempatlah diana jumpa dengan Ustazah dan serahkan sedikit pemberian ikhlas sebagai ucapan terima kasih dari diana untuk Ustazah. Harapnya selepas ni, Syahmi lak rajin-rajin lah ngaji supaya cepat khatam.

Terima kasih sekali lagi Ustazah Zalita.