Happy Birthday Afif


Chocolate Moist Cupcake
with buttercream + edible image

Rasanya belum terlewat lagi utk diana ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua teman2 & customer tersayang. Tahun baru ni, diana bz sgt, ni semua kerana diana sekarang dah x de pembantu rumah. Thanks to Hubby & anak2, Amsyar & Syahmi yang banyak membantu, kalau x huru hara gak lah nak uruskan semuanya. Terikat dgn kerja pejabat, kerja rumah & juga hobi mendeco kek, membuatkan diana x punya masa langsung untuk diri sendiri. kerana itu jugalah, dah lama benar diana x update blog kesayangan diana ini.. Alhamdulillah, hari ini diana berpeluang mencuri sedikit masa untuk upload gambar2 yang dah hampir sebulan terperap.

Cuti sekolah yang lalu, kakak ipar diana dari Pekan datang bercuti ke Shah Alam. Kebetulan pula ketika itu adalah hari lahir anak bongsunya. Kebetulan juga diana ada buat kek lebih hari tu, jadi diana deco & letakkan edible image untuk kek ini. Malam tu seronok lah Afif dapat kek Barney...